--===MARI BERBAGI===--

Nabi Musa A.S & Nabi Shaleh A.S

Nabi Musa A.S

Musa adalah seorang Rasul dan seorang Nabi. Namanya paling banyak disebut di dalam al-Qur'an berbanding Nabi lain. Dia adalah seorang lagi Nabi atau Rasul yang diceritakan dari kecil lagi di dalam al-Qur'an. Dia juga seorang yang berbuat baik, tulus, dan telah "dibentuk di bawah mata-Ku (pengawasan-Ku)". Kepadanya Allah berkata-kata secara langsung.

Kitab

Nabi Musa telah mendatangkan beberapa mukjizat. Turut didatangkannya ialah al-Kitab supaya kaumnya, Bani Israil, mendapat petunjuk pada jalan lurus. Demikian itu adalah satu pengasihan daripada Allah. Kitab tersebut adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mempunyai minda, lagi sempurna, dengan menjelaskan segala sesuatu, dan disifatkan pula sebagai cahaya, sama seperti al-Qur'an. Ia berbentuk naskhah gulungan dan Bani Israil telah juga meletakkannya di kertas-kertas.

Kelahiran

Musa dilahir ketika Firaun memerintah supaya semua bayi lelaki Bani Israil dibunuh. Ibunya seorang mukmin. Setelah dia dilahirkan, Tuhan mewahyukan ibunya, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan janganlah takut, dan jangan juga bersedih, kerana Kami akan mengembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan."
Pada paginya, hati ibu Musa menjadi kosong. Namun, bayinya diletak di dalam sebuah peti, dihanyutkan ke laut, dan dia berkata kepada saudara perempuan Musa, "Ikutlah dia". Saudara perempuannya melihat dari jauh dan arus membawanya ke sebuah tebing.
Dia melihat keluarga Firaun memungutnya. Isteri Firaun berkata, "Dia akan menjadi satu pendingin mata (kegembiraan) bagiku dan bagi kamu. Janganlah membunuhnya; mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak." Dan mereka tidak menyedari bahawa bayi itu akan menjadi seorang musuh, dan kesedihan bagi mereka suatu hari nanti.
Tuhan telah mengharamkan Musa, sebelum itu, daripada disusukan oleh mana-mana ibu angkat. Maka saudara perempuannya tampil dan berkata, "Bolehkah aku menunjukkan kamu kepada keluarga daripada seisi rumah yang akan menjaganya untuk kamu, dan mengasuhnya?"
Dengan itu Tuhan kembalikan dia kepada ibunya, supaya ibunya bergembira dan tidak bersedih, dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar.

Menumbuk

Apabila dia dewasa dan tegap Tuhan memberikan dia putusan, dan pengetahuan kerana dia seorang yang berbuat baik.
Suatu hari, dia masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang bergaduh; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya. Maka Musa menumbuknya, dan mematikannya. Dia berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
Dan berdoa, "Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku." Tuhan mengampunkannya, dan dia berjanji tidak akan menjadi penyokong bagi orang-orang yang berdosa lagi.
Pada keesokan paginya, dia berada di kota lagi, takut-takut dan berjaga-jaga. Tiba-tiba orang yang meminta pertolongannya semalam meminta pertolongannya lagi. Kali ini Musa ingin menyerangnya pula, tetapi ketika dia hendak menyerang, orang itu berkata, "Wahai Musa, adakah kamu menghendaki untuk membunuh aku sebagaimana kamu membunuh satu jiwa semalam? Kamu hanya menghendaki untuk menjadi penindas di bumi; kamu tidak menghendaki untuk menjadi daripada orang-orang yang membetulkan."
Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari. Dia berkata, "Wahai Musa, pembesar mereka sedang bermuafakat untuk membunuh kamu." Dia selanjutnya menasihatkan Musa supaya lari dari kota.

Madyan

Lalu Musa meninggalkan kota, dengan takut-takut dan berjaga-jaga, menuju ke Madyan, dan berdoa, "Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."
Apabila dia sampai di perairan Madyan, dia mendapati satu kumpulan manusia memberi minum kepada ternakan mereka, dan dia mendapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Mereka tidak dapat memberi minum kepada ternak mereka sehingga penggembala-penggembala di situ menghalau ternakan masing-masing. Bapa mereka tiada di situ sebab usianya sangat tua.
Maka dia memberi minum untuk mereka. Lepas itu, dia berpaling ke tempat yang teduh dan berdoa, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku  memerlukan apa-apa kebaikan yang Engkau menurunkan kepadaku."
Kemudian datang seorang daripada dua perempuan tadi kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku memanggil kamu supaya dia membalas kamu dengan upah kerana kamu memberi minum untuk kami."
Setelah dia datang kepadanya, dan menceritakan kepadanya ceritanya, orang tua itu berkata, "Jangan takut; kamu telah selamat daripada kaum yang zalim."
Seorang daripada dua beradik tadi menyuruh bapanya mengambil Musa sebagai upahan. Tidak lama kemudian bapanya berkata kepada Musa, "Aku menghendaki untuk mengahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu menyempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak menghendaki untuk memberatkan kamu."

Api

Nabi Musa bersetuju. Selepas menyempurnakan tempoh yang dijanjikan, dia dengan keluarganya berpergian pada suatu malam yang sejuk. Dia ternampak api di tepi gunung, dan berkata kepada keluarganya, "Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku akan mendatangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu."
Apabila dia datang kepadanya, dia terdengar suara dari sepohon pokok, "Diberkatilah orang yang di api, dan orang yang di sekitarnya. Allah disanjung, Pemelihara semua alam!"
"Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana."
"Wahai Musa, Sesungguhnya Akulah Pemelihara kamu; tanggalkanlah kasut kamu; kamu adalah di lembah suci, Thuwa. Aku Sendiri telah memilih kamu, maka dengarlah apa yang diwahyukan."
"Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku." Kemudian Dia mengingatkan tentang Saat yang pasti datang supaya tiap-tiap jiwa dibalas atas usahanya.
Dan Dia bertanya, "Apakah itu yang di tangan kanan kamu, wahai Musa?"

Tongkat

Musa menjawab, "Ia tongkatku; aku bersandar padanya, dan dengannya aku memukul pokok untuk daun-daun kambingku, dan keperluan lain juga aku mendapati padanya."
Berkatalah Dia, "Lemparlah ia, wahai Musa!" Lalu dia melemparnya. Apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular dan merayap, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh.
"Ambillah ia, dan janganlah takut; Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang pertama."
Dan Dia menyuruh Musa mengepitkan tangannya pada ketiaknya, lalu ia keluar menjadi putih, tanpa cacat. Itu adalah ayat yang kedua. Kemudian Dia menyuruh Musa mendakapkan tangannya pada tubuhnya supaya tidak menjadi gerun, kerana dia akan pergi berjumpa Firaun dan keluarganya. Maka itulah dua bukti, daripada sembilan, yang Pemeliharanya ingin menunjukkan kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya. Mereka adalah kaum yang fasiq dan melampaui batas.
Musa berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku telah membunuh satu jiwa daripada mereka, dan aku takut bahawa mereka akan membunuh aku. Dan saudaraku Harun lebih fasih lisannya daripada aku. Utuslah dia bersama aku sebagai pembantu, dan untuk mengesahkan aku kerana aku takut mereka akan mendustakan aku."
"Kami akan menguatkan tangan kamu dengan saudara kamu, dan Kami membuatkan kamu satu kuasa supaya mereka tidak sampai kepada kamu kerana ayat-ayat Kami; kamu, dan sesiapa yang mengikuti kamu, adalah orang-orang yang menang."
Firman-Nya lagi, "Aku telah memilih kamu untuk diri-Ku. Pergilah kamu dan saudara kamu dengan ayat-ayat-Ku, dan janganlah lalai untuk mengingati-Ku. Pergilah kamu berdua kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas. Namun begitu, ucapkanlah dengan lemah lembut kepadanya; mudah-mudahan dia mengingati, atau dia takut."
Keduanya berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami takut bahawa dia bersegera menyeksa kami, atau melampaui batas."
"Jangan takut. Sesungguhnya Aku berserta kamu, mendengar dan melihat. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakanlah, 'Kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan janganlah mengazab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu; dan kesejahteraan ke atas orang yang mengikuti petunjuk! Telah diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah kepada orang yang mendustakan dan berpaling.'"
Lalu Musa merayu, "Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), supaya mereka memahami ucapanku. Lantikkanlah untukku, daripada keluargaku, seorang wazir, Harun, saudaraku. Dengan dia, teguhkanlah kekuatanku, dan sekutukanlah dia dengan aku dalam urusanku, supaya kami menyanjung Engkau dengan banyak, dan mengingati Engkau dengan banyak. Sesungguhnya Engkaulah yang melihat pada kami."
"Kamu diberi, wahai Musa, rayuan kamu."

Firaun

Firaun meninggi di bumi. Dia memecah-belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, iaitu golongan penduduk asal, orang Mesir, dan golongan kaum mendatang, Bani Israil. Golongan kedua dihina dan dijadikan hamba. Anak-anak lelaki mereka dibunuh sementara yang perempuan dibiarkan hidup.
Apabila Musa datang dengan ayat-ayat Tuhan kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, "Sesungguhnya aku adalah rasul Pemelihara semua alam", mereka mengetawakannya.
Musa juga telah memohon supaya kaumnya, Bani Israil, diutus bersamanya keluar dari negeri Mesir.
Firaun berkata, "Tidakkah kami yang memelihara kamu di kalangan kami sejak kanak-kanak, dan kamu tinggal bersama kami bertahun-tahun daripada umur kamu?" Dan dia mengingatkan pula tentang pembunuhan yang Musa telah lakukan.
Musa menjawab, "Aku melakukannya tatkala aku termasuk orang-orang yang sesat. Maka aku lari daripada kamu, takut pada kamu. Tetapi Pemelihara aku telah memberi aku Putusan, dan membuat aku antara para utusan. Itu adalah satu rahmat yang kamu berbudi kepadaku, bahawa kamu memperhambakan Bani Israil."
Firaun bertanya, "Apakah ia Pemelihara semua alam?"
"Pemelihara langit dan bumi, dan apa-apa di antara keduanya, jika kamu yakin" dan Musa menambah, "Pemelihara kami ialah Dia yang memberikan segala sesuatu ciptaannya, kemudian memberinya petunjuk."
Firaun berkata kepada orang-orang di sekelilingnya, "Tidakkah kamu mendengarkan?" Dia berkata lagi, "Sesungguhnya rasul kamu yang diutus kepada kamu ialah orang yang dirasuk!"
Selanjutnya Firaun memberi amaran, "Jika kamu mengambil tuhan selain aku, pasti aku akan membuat kamu antara orang-orang yang dipenjarakan."
Musa berkata, "Walaupun aku mendatangkan kepada kamu sesuatu yang jelas?"
"Datangkanlah ia, jika kamu termasuk orang-orang yang benar."
Maka Musa melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba, ia menjadi seekor ular yang nyata. Dan dia mengeluarkan tangannya, lalu ia menjadi putih bagi orang-orang yang melihat.
Firaun berkata kepada pembesar-pembesar di sekelilingnya, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang mahir, yang menghendaki untuk mengusir kamu daripada bumi kamu dengan sihirnya; apakah yang kamu memerintahkan?"
Mereka berkata, "Tangguhkanlah dia dan saudaranya seketika, dan kirimlah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan, untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang mahir."
Firaun bertanya lagi kepada Musa, "Dan bagaimanakah dengan generasi-generasi dahulu?"
"Pengetahuan mengenai mereka adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa," jawab Musa.
Firaun juga telah berkata, "Aku adalah Pemelihara kamu, Yang Tinggi!"

Ahli Sihir

Hari yang ditetapkan untuk Musa bertarung dengan ahli-ahli sihir ialah Hari Perhiasan. Manusia dikumpulkan pada waktu pagi. Antara manusia ada yang berkata, "Semoga kita mengikuti ahli-ahli sihir jika merekalah orang-orang yang menang."
Apabila ahli-ahli sihir datang kepada Firaun mereka meminta upah jika mereka menang. Firaun bersetuju dan seterusnya berjanji untuk meletakkan mereka berkedudukan dekat dengannya.
Ahli-ahli sihir bertanya kepada Musa, "Wahai Musa, adakah kamu yang akan melempar, atau kamikah yang pertama melemparkan?"
Musa berkata, "Tidak, kamu lemparlah!"
Lalu mereka melempar tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka, dan berkata, "Dengan kekuasaan Firaun, pastilah kami orang-orang yang menang."
Tiba-tiba ia, seolah-olah nampak kepadanya, daripada sihir mereka, tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka merayap. Musa berasa takut di dalam dirinya. Lantas Allah mewahyukan kepadanya, "Jangan takut; sesungguhnya kamulah yang tinggi. Lemparlah apa yang di tangan kanan kamu, dan ia akan menelan apa yang mereka buat; mereka hanya membuat tipu muslihat ahli sihir, dan ahli sihir tidak beruntung di mana sahaja dia datang."
Kemudian Musa melemparkan tongkatnya, dan ia menelan segala yang mereka memalsukan.

Ahli Sihir Sujud

Maka ahli-ahli sihir dikalahkan dan mereka menjadi rendah. Kemudian mereka sujud seraya berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara semua alam, Pemelihara Musa dan Harun."
Firaun berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu! Dia ketua kamu yang mengajar kamu sihir; sekarang kamu akan tahu! Sungguh, aku akan memotong, berselang-seli, tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan menyalib kamu kesemuanya."
Mereka berkata, "Kami tidak akan lebih menyukai kamu daripada bukti-bukti yang jelas yang datang kepada kami, dan tidak juga daripada Dia yang memulakan kami. Maka putuskanlah apa yang kamu akan memutuskan; kamu hanya boleh memutuskan mengenai kehidupan dunia ini. Kami percaya kepada Pemelihara kami supaya Dia mengampuni kami atas pelanggaran-pelanggaran kami, dan sihir yang kamu memaksa kami melakukannya; Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal."
Ahli-ahli sihir juga berkata, "Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."
Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?"
Dan mereka berkata lagi, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"
Selepas itu Musa berkata kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Kaumnya berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami."
"Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan memusnahkan musuh kamu, dan Dia menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia memerhatikan bagaimana kamu akan buat," sahut Musa.

Kemurkaan

Kemudian Tuhan mengenakan keluarga Firaun dengan beberapa tahun bekalan yang tidak mencukupi, dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka ingat. Namun, mereka tidak ingat juga.
Apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah kerana kami". Tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka meramalkan yang buruk kerana Musa, dan orang-orang yang bersamanya.
Dan mereka berkata, "Apa sahaja ayat yang kamu mendatangkan kepada kami, untuk menyihir kami dengannya, kami tidak akan mukmin (yang mempercayai) kepada kamu."
Tuhan mengenakan mereka lagi dengan mengutus kepada mereka banjir, belalang juta, kutu, katak, dan darah. Itu adalah "ayat-ayat yang jelas". Lagi, mereka menyombongkan diri.
Apabila kemurkaan Allah jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia menjanjikan kamu. Jika kamu menghilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan mempercayai kamu, dan kami akan mengutus bersama kamu Bani Israil."
Tetapi apabila Tuhan menghilangkan daripada mereka kemurkaan hingga ke satu tempoh, tiba-tiba mereka memungkiri ketaatan mereka.

Karun

Mesej Nabi Musa telah juga sampai kepada Karun. Karun adalah daripada kaumnya. Dia menjadi angkuh kerana Tuhan memberinya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk diangkat oleh sekumpulan orang yang mempunyai kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah kamu berbangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri. Tetapi carilah, dengan apa yang Allah memberikan kamu, tempat kediaman akhir, dan janganlah melupakan bahagian kamu di dunia ini; dan berbuatbaiklah, sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu. Dan janganlah mencari untuk membuat kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan."
Karun berkata dengan sombong, "Apa yang aku diberi hanyalah kerana pengetahuan yang ada padaku."
Maka dia keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia berkata, "Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa yang Karun diberi! Sesungguhnya dia seorang yang mempunyai peruntungan yang besar."
Tetapi orang-orang yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, "Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; dan tiada yang akan menerimanya kecuali orang-orang yang sabar."
Lalu Tuhan membuatkan bumi menelan Karun dan tempat tinggalnya. Pada waktu pagi, orang-orang yang menginginkan tempatnya kelmarin berkata, "Aduhai, Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Sekiranya Allah tidak berbudi baik kepada kami, tentu Dia membuatkan kami ditelan juga. Aduhai, orang-orang yang tidak percaya tidak beruntung!"

Menyembunyikan Keimanan

Firaun berazam untuk membunuh Nabi Musa. Dia berkata, "Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."
Musa berkata, "Aku berlindung pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang menyombongkan diri, dan tidak mempercayai Hari Perhitungan."
Kemudian tampil seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya dan berkata, "Apa, adakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia berkata, 'Pemeliharaku ialah Allah' walaupun dia mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu? Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa yang dia menjanjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang berlebihan, dan pendusta."
Seterusnya lelaki itu mengingatkan tentang tiada perlindungan daripada bencana Allah apabila ia datang seperti yang jatuh kepada kaum Nuh, Ad, dan Tsamud, yang tidak percaya kepada-Nya.

Haman

Dan Firaun berkata, "Wahai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakanlah api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkanlah untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, kerana aku menyangka bahawa dia termasuk pendusta-pendusta."
Lelaki yang menyembunyikan keimanannya menyambung hujahnya dengan menyeru kaumnya supaya mengikutinya, serta mengingatkan tentang akhirat, dengan Taman dan Apinya. Lalu dia dilindungi oleh Allah daripada kejahatan keluarga Firaun.
Firaun membalas dengan berkata, "Wahai kaumku, bukankah kepunyaanku kerajaan Mesir, dan sungai-sungai ini yang mengalir di bawahku? Apa, tidakkah kamu melihat? Atau, tidakkah aku yang lebih baik daripada lelaki ini (Musa), yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan? Mengapa pula gelang-gelang emas tidak dilemparkan kepadanya, atau malaikat-malaikat tidak datang bersama dia untuk bergabung?"

Doa Kamu Disahuti

Musa terus menyeru kaumnya, "Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu percayakanlah (tawakal) jika kamu muslim."
Mereka berkata, "Kepada Allah kami mempercayakan. Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum yang tidak percaya."
Tuhan mewahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buatlah rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukanlah solat, dan berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin."
Musa berdoa, "Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
Allah berfirman, "Doa kamu disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui."

Yang Percaya

Tiada yang percaya kepada Musa kecuali satu keturunan daripada kaumnya kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan menganiaya mereka. Daripada keluarga Firaun, selain daripada lelaki yang menyembunyikan keimanannya, isteri Firaun turut percaya kepada apa yang Nabi Musa datangkan ("Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.'” - 66:11).

Gunung tinggi yang besar

Kemudian Tuhan mewahyukan Musa supaya meninggalkan negeri Mesir dengan kaumnya, "Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan diikuti."
Firman-Nya lagi, "Buatkanlah untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan."
Firaun, sebaliknya, telah mengutus ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan manusia. "Sesungguhnya mereka ini kumpulan yang sedikit, dan sesungguhnya mereka membuat kita marah, dan kita semua berjaga-jaga."
Maka mereka keluar dari taman-taman dan mata-mata air, dan harta-harta simpanan, dan medan mereka yang mulia untuk menghapuskan Musa dan pengikut-pengikutnya.
Mereka mengikuti Musa dan kaumnya pada waktu matahari terbit. Apabila kedua-dua kumpulan berlihat-lihatan, teman-teman Musa berkata, "Kitalah orang-orang yang tersusul."
Musa berkata, "Tidak sekali-kali! Sesungguhnya Pemeliharaku bersamaku; Dia akan memberi petunjuk kepadaku."
Kemudian Allah mewahyukan Musa, "Pukullah laut dengan tongkat kamu"; lalu laut itu terbelah, dan tiap-tiap bahagian seperti gunung tinggi yang besar. Maka Musa dan orang-orang yang bersamanya, kesemuanya, selamat tiba di pantai di seberang laut.

Firaun percaya

Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas. Tetapi mereka ditenggelamkan. Sebelum mati lemas Firaun berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim."
Lantaran itu Allah berfirman, "Adakah sekarang? Dan sejak dahulu kamu mengingkari, dan termasuk orang-orang yang membuat kerosakan. Maka pada hari ini Kami menyelamatkan kamu dengan badan kamu, supaya kamu menjadi satu ayat bagi orang-orang yang sesudah kamu. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada ayat-ayat Kami."

Patung

Setelah Bani Israil menyeberangi laut, mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Mereka berkata, "Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada."
Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh. Sesungguhnya itu yang mereka di dalamnya akan dibinasakan, dan batallah apa yang mereka buat."
"Apa, adakah aku akan mencarikan satu tuhan untuk kamu selain daripada Allah, Dia yang melebihkan kamu di atas semua alam?"
Demikian itu adalah contoh ketidakpercayaan kaum Musa yang baru diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya. Namun, ada juga yang percaya dan menjalankan keadilan.

Melihat Allah

Tuhan membahagikan kaum Musa kepada dua belas puak. Dia mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu", dan memancarlah daripadanya dua belas mata air. Semua orang tahu tempat minum mereka.
Tuhan juga membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Dia menurunkan manna dan salwa kepada mereka, dan berfirman "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu."
Kemudian kaumnya berkata pula, "Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya."
Dia berkata, "Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan."
Terdapat juga antara kaum Musa yang enggan percaya sehingga mereka melihat Allah. Mereka berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan mempercayai kamu sehingga kami melihat Allah dengan nyata."
Maka Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu dengan Tuhan seperti yang ditetapkan, tetapi mereka ditimpa halilintar dan gempa bumi.
Bani Israil juga mencabuli Sabat (hari dilarang bekerja), apabila ikan-ikan datang kepada mereka pada hari Sabat dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Ujian itu dikenakan kepada mereka kerana mereka fasiq.

Lembu

Kaumnya juga didapati amat berat untuk melaksanakan perintah Allah. Apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Allah memerintahkan kamu supaya mengorbankan seekor lembu," lalu mereka berkata, "Adakah kamu mengambil kami sebagai buah ejekan?"
Musa berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh."
Mereka berkata lagi, "Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami yang manakah ia?"
"Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang tidak tua, dan tidak juga dara, yang pertengahan di antara yang demikian itu; maka buatlah apa yang kamu diperintahkan."
Dan lagi berkata, "Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami apakah warnanya?"
"Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang keemasan, terang warnanya, menggembirakan orang-orang yang memandang."
Dan lagi, "Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami yang manakah ia. Lembu serupa sahaja bagi kami, dan jika Allah mengkehendaki, tentu kami akan mendapat petunjuk."
"Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya."
Akhirnya mereka berkata, "Sekarang kamu telah mendatangkan yang benar." Dan mereka mengorbankannya setelah hampir-hampir tidak melakukannya sama sekali.

Hamba Berpengetahuan

Suatu hari, Musa berjalan dengan budak suruhannya untuk mencari sesuatu. Dia berkata "Aku tidak akan berhenti sehingga aku sampai di pertemuan dua laut, walaupun aku terus berjalan dalam masa yang panjang."
Kemudian, apabila mereka sampai di pertemuan itu, mereka sedar bahawa mereka telah melupakan ikan mereka. Ikannya telah melepaskan diri ke laut ketika mereka berehat di sebuah batu, dengan mengorek lubang.
Musa berkata, "Inilah yang kita cari!" Mereka kembali kepada kesan-kesan jejak mereka, dengan mengikutinya, menuju ke batu tersebut.
Apabila mereka sampai di sana, mereka mendapati seorang hamba daripada hamba-hamba Allah yang kepadanya Dia telah memberikan pengasihan-Nya, dan Dia telah mengajarnya pengetahuan daripada sisi-Nya.
Musa berkata kepadanya, "Bolehkah aku ikut kamu supaya kamu mengajar aku, daripada apa yang kamu telah diajar, iaitu putusan yang betul?"
Hamba berpengetahuan itu berkata, "Sesungguhnya kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku. Bagaimanakah kamu akan bersabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?"
Musa berkata, "Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, bersabar; dan aku tidak akan menentang kamu dalam urusan."
"Jika kamu ikut aku, maka janganlah menanyai aku sesuatu sehingga aku sendiri mengemukakan sebutan mengenainya kepada kamu."
Maka mereka bertolak, sehingga apabila mereka naik di atas sebuah kapal, dia melubanginya dengan sengaja. Musa bertanya, "Apa, adakah kamu melubanginya untuk menenggelamkan ahlinya? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang buruk."
"Tidakkah aku mengatakan bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku?"
Musa berkata, "Janganlah kamu mempertanggungjawabkan aku kerana aku lupa, dan jangan juga memaksa aku untuk membuat sesuatu perkara yang amat sukar."
Mereka meneruskan perjalanan, sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya pula. Musa bertanya lagi, "Apa, adakah kamu membunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh? Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat."
"Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku?"
Musa berkata, "Jika aku menanyakan kamu mengenai sesuatu selepas ini, maka janganlah menemani aku lagi; kamu telah cukup memberi alasan kepadaku."
Mereka bertolak lagi, sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandar raya, mereka meminta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka menolak untuk menerima mereka dengan layanan baik bagi tetamu. Kemudian mereka mendapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia menegakkannya. Musa berkata, "Sekiranya kamu menghendaki, tentu kamu mengambil upah untuk itu."
Hamba Allah yang berpengetahuan itu berkata, "Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Sekarang aku akan memberitahu kamu interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya."

Interpretasi

"Mengenai kapal, ia kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut; dan aku menghendaki untuk merosakkannya kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap kapal dengan paksa.
Mengenai anak lelaki muda, ibu bapanya orang mukmin; dan kami takut dia akan memaksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan. Maka kami menghendaki supaya Pemelihara mereka memberi mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam kesucian, dan lebih dekat dalam kasih sayang.
Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu menghendaki supaya mereka sampai dewasa dan kemudian mengeluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak melakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya."

Empat puluh malam

Waktu yang ditetapkan Tuhan untuk berhubung secara langsung dengan Musa adalah empat puluh malam. Sebelum dia pergi, dia berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan."
Apabila Musa datang pada waktu yang Tuhan tetapkan, untuk berkata-kata dengannya, Tuhan bertanya, "Mengapakah kamu bercepat-cepat daripada kaum kamu, wahai Musa?"
Musa menjawab, "Mereka adalah di atas jejakku; aku bercepat-cepat, wahai Pemeliharaku, hanya supaya aku memuaskan hati Engkau."

Menjadi Debu

Musa berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau."
"Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku."
Apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."

Papan

"Wahai Musa, Aku memilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku. Ambillah apa yang Aku memberikan kamu, dan jadilah daripada orang-orang yang berterima kasih."
Dan Tuhan menuliskan untuknya pada Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, "Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu mengambil yang paling baik daripadanya."
Dia juga memberitahu, "Sungguh, Kami menguji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri menyesatkan mereka."
Kaum Musa telah membuat untuk mereka selepas dia pergi, daripada perhiasan-perhiasan mereka, sebuah patung Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tuhan yang mereka ada-adakan itu dibuat hanya dalam masa yang singkat selepas Rasul mereka meninggalkan mereka buat sementara waktu.

Marah

Apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?"
Lalu dia melemparkan Papan, dan mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Dia berkata, "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."
"Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."
Apabila kemarahan Musa menjadi reda, dia mengambil Papan-Papan yang dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun terhadap Pemelihara mereka.
Kemudian Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu? Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku?"

Samiri

Mereka berkata, "Kami tidak memungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami diberati oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami melemparkan mereka, seperti demikianlah Samiri melemparkan mereka, ke dalam api."
Setelah perhiasan-perhiasan mereka yang dirasakan berat untuk dibawa  dicampakkan ke dalam api, Samiri mengeluarkan bagi mereka Anak Lembu. Mereka berkata, "Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa."
Tidakkah mereka melihat bahawa ia tidak mengembalikan ucapan kepada mereka, dan tidak juga ada sebarang kuasa untuk memudaratkan atau memanfaatkan mereka?
Namun begitu, Harun sebelumnya telah berkata kepada mereka, "Wahai kaumku, kamu hanyalah diuji dengannya; sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Yang Pemurah; maka ikutlah aku, dan taatlah kepada perintahku."
Mereka berkata, "Kami akan tetap bertekun padanya sehingga Musa kembali kepada kami."
Musa bertanya kepada saudaranya, "Apakah yang menghalangi kamu, wahai Harun, apabila kamu melihat mereka sesat, supaya kamu tidak mengikuti aku? Adakah kamu mengingkari perintahku?"
Harun menjawab, "Wahai anak ibuku, janganlah mengambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut bahawa kamu akan berkata, 'Kamu telah memecahkan Bani Israil, dan kamu tidak mengendahkan ucapanku.'"
Musa berpaling kepada Samiri pula, "Dan kamu, Samiri, apakah urusan kamu?"
Samiri berkata, "Aku melihat apa yang mereka tidak lihat, dan aku mengambil segenggam debu daripada jejak rasul, dan melemparnya ke dalam benda itu. Demikianlah jiwaku menghasutku." Dia mengambil daripada jejak Rasul, katanya.
Lalu Musa berkata, "Pergilah! Bagi kamu dalam seluruh kehidupan dunia ini adalah untuk berkata, 'Jangan sentuh aku!', dan selepas itu ada janji temu bagi kamu yang kamu tidak mungkir. Lihatlah pada tuhan kamu, yang kamu tetap bertekun padanya! Sungguh, kami akan membakarnya dan menaburkan abunya ke dalam laut, bertaburan."
Pengambilan Anak Lembu sebagai tuhan menjadikan mereka orang-orang yang zalim, dan mereka diresapkan kepercayaan kepada Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka.

Bumi Suci

Dalam perjalanan mereka untuk mencari sebuah tempat tinggal setelah diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya mereka tiba di sebuah bandar raya. Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah menetapkan untuk kamu, dan janganlah kembali ke belakang kamu, untuk berbalik sebagai orang-orang yang rugi."
Mereka disuruh tinggal di bandar raya itu, dan makan daripadanya di mana sahaja mereka mengkehendaki, dan disuruh mengatakan, "Tidak membebankan" ketika masuk di pintu gerbang dengan bersujud. Mereka turut dijanjikan Allah untuk mengampuni mereka atas pelanggaran-pelanggaran mereka, dan menambahkan kepada orang-orang yang berbuat baik antara mereka.
Akan tetapi mereka berkata, "Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, kami akan masuk."
Berkata dua orang lelaki antara orang-orang yang takut kepada Allah, yang Allah merahmati, "Masuklah menemui mereka melalui pintu gerbang. Apabila kamu memasukinya, kamulah orang-orang yang mengalahkan, dan percayakanlah kepada Allah, jika kamu orang-orang mukmin."
Mereka berkata dengan biadab, "Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selama mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan berperanglah; kami akan duduk di sini."
Lalu Nabi Musa memohon, "Wahai Pemeliharaku, aku tidak menguasai sesiapa, kecuali diriku dan saudaraku. Pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)."
Allah berfirman, "Maka ia diharamkan kepada mereka selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka janganlah kamu berdukacita terhadap kaum yang fasiq."

Perpisahan

Justeru itu, Nabi Musa dan saudaranya Harun berpisah dengan kaumnya, Bani Israil. Kaumnya merayau-rayau selama empat puluh tahun sebelum berjumpa dengan sebuah tempat tinggal bagi mereka. Perpisahan itu juga menamatkan cerita Nabi Musa di dalam al-Qur'an.
Nabi Musa telah menunjukkan ketabahan seorang Nabi, yang juga seorang manusia biasa, dalam usaha untuk membuat manusia percaya kepada Allah dan ayat-ayat-Nya. Hatinya selalu disakiti. Penentangan yang diterima sungguh hebat, walaupun mukjizat yang didatangkannya amat jelas, sehingga dia sentiasa memohon pertolongan Allah. Al-Kitab yang disampaikannya pula diragu-ragu, diperselisih dan tidak dipercayakan.
Cerita Nabi Musa di dalam al-Qur'an memuatkan, terutamanya, kisah Firaun yang amat berkuasa, Haman yang amat bijak membina, Karun yang amat kaya, dan Samiri yang mengikuti jejak Rasul, yang amat berpengaruh. Mereka adalah orang-orang ternama yang zalim, fasiq, dan tidak percaya kepada ayat-ayat Allah. Sementara kaum Nabi Musa pun, yang telah dihina dan perhambakan, turut berkelakuan fasiq, tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan melakukan kezaliman. Senario serupa itu tertayang pula pada hari ini. Sesungguhnya sejarah berulang lagi.


Nabi Shaleh A.S

Tsamud adalah nama suatu suku yang oleh sementara ahli sejarah dimasukkan bahagian dari bangsa Arab dan ada pula yang menggolongkan mereka ke dalam bangsa Yahudi. Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama " Alhijir " terletak antara Hijaz dan Syam yang dahulunya termasuk jajahan dan dikuasai suku Aad yang telah habis binasa disapu angin taufan yang di kirim oleh Allah sebagai pembalasan atas pembangkangan dan pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud A.S.

Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud.Tanah-tanah yang subur yang memberikan hasil berlimpah ruah, binatang-binatang perahan dan lemak yang berkembang biak, kebun-kebun bunga yag indah-indah, bangunan rumah-rumah yang didirikan di atas tanah yang datar dan dipahatnya dari gunung.Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram ,sejahtera dan bahgia, merasa aman dari segala gangguan alamiah dan bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka.

Kaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Tuhan Mereka adalah berhala-berhala yang mereka sembah dan puja, kepadanya mrk berqurban, tempat mrk minta perlindungan dari segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan serta kebahagiaan.Mrk tidak dpt melihat atau memikirkan lebih jauh dan apa yang dpt mrk jangkau dengan pancaindera.


Nabi Saleh Berdakwah Kepada Kaum Tsamud

Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba_Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutusnya nabi pesuruh disisi-Nya untuk memberi penerangan dan memimpin mrk keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar. Demikian pula Allah tidak akan menurunkan azab dan seksaan kepada suatu umat sebelum mrk diperingatkan dan diberi petunjukkan oleh-Nya dengan perantara seorang yang dipilih untuk menjadi utusan dan rasul-Nya. Sunnatullah ini berlaku pula kepada kaum Tsamud, yang kepada mrk telah diutuskan Nabi Saleh seorang yang telah dipilih-Nya dari suku mrk sendiri, dari keluarga yang terpandang dan dihormati oleh kaumnya, terkenal tangkas, cerdik pandai, rendah hati dan ramah-tamah dalam pergaulan.

Dikenalkan mrk oleh Nabi Saleh kepada Tuhan yang sepatut mrk sembah, Tuhan Allah Yang Maha Esa, yang telah mencipta mrk, menciptakan alam sekitar mrk, menciptakan tanah-tanah yang subur yang menghasilkan bhn-bhn keperluan hidup mrk, mencipta binatang-binatang yang memberi manfaat dan berguna bagi mrk dan dengan demikian memberi kepada mrk kenikmatan dan kemewahan hidup dan kebahagiaan lahir dan batin.Tuhan Yang Esa itulah yang harus mrk sembah dan bukan patung-patung yang mrk pahat sendiri dari batu-batu gunung yang tidak berkuasa memberi sesuatu kepada mrk atau melindungi mrk dari ketakutan dan bahaya.

Nabi Saleh memperingatkan mrk bahwa ia adlah seorang drp mrk, terjalin antara dirinya dan mereka ikatan keluarga dan darah. Mrk adalah kaumnya dan sanak keluarganya dan dia adalah seketurunan dan sesuku dengan mrk.Ia mengharapkan kebaikan dan kebajikan bagi mrk dan sesekali tidak akan menjerumuskan mrk ke dalam hal-hal yang akan membawa kerugian, kesengsaraan dan kebinasaan bagi mrk. Ia menerangkan kepada mrk bahwa ianya adalah pesuruh dan utusan Allah, dan apa yang diajarkan dan didakwahkan kepada mrk adalah amanat Allah yang harus dia sampaikan kepada mrk untuk kebaikan mrk semasa hidup mrk dan sesudah mrk mati di akhirat kelak. Ia mengharapkan kaumnya mempertimbangkan dan memikirkan sungguh-sungguh apa yang ia serukan dan anjurkan dan agar mrk segera meninggalkan persembahan kepada berhala-berhala itu dan percaya beriman kepada Allah Yang Maha Esa seraya bertaubat dan mohon ampun kepada-Nya atas dosa dan perbuatan syirik yang selama ini telah mrk lakukan.Allah maha dekat kepada mrk mendengarkan doa mrk dan memberi ampun kepada yang salah bila dimintanya.

Terperanjatlah kaum Saleh mendengar seruan dan dakwahnya yang bagi mrk merupakan hal yang baru yang tidak diduga akan datang dari saudara atau anak mrk sendiri.Maka serentak ditolaklah ajakan Nabi Saleh itu seraya berkata mereka kepadanya:"Wahai Saleh! Kami mengenalmu seorang yang pandai, tangkas dan cerdas, fikiranmu tajam dan pendapat serta semua pertimbangan mu selalu tepat. Pada dirimu kami melihat tanda-tanda kebajikan dan sifat-sifat yang terpuji. Kami mengharapkan dari engkau sebetulnya untuk memimpinkami menyelesaikan hal-hal yang rumit yang kami hadapi, memberi petunjuk dalam soal-soal yang gelap bagi kami dan menjadi ikutan dan kepercayaan kami di kala kami menghadapi krisis dan kesusahan.Akan tetapi segala harapan itu menjadi meleset dan kepercayaan kami kepadamu tergelincir hari ini dengan tingkah lakumu dan tindak tandukmu yang menyalahi adat-istiadat dan tatacara hidup kami. Apakah yang engkau serukan kepada kami? Enkau menghendaki agar kami meninggalkan persembahan kami dan nenek moyang kami, persembahan dan agama yang telah menjadi darah daging kami menjadi sebahagian hidup kami sejak kami dilahirkan dan tetap menjadi pegangan untuk selama-lamanya.Kami sesekali tidak akan meninggalkannya karena seruanmu dan kami tidak akan mengikutimu yang sesat itu. Kami tidak mempercayai cakap-cakap kosongmu bahkan meragukan kenabianmu. Kami tidak akan mendurhakai nenek moyang kami dengan meninggalkan persembahan mrk dan mengikuti jejakmu."

Nabi Saleh memperingatkan mereka agar jangan menentangnya dan agar mengikuti ajakannya beriman kepada Allah yang telah mengurniai mrk rezeki yang luas dan penghidupan yang sejahtera. Diceritakan kepada mrk kisah kaum-kaum yang mendapat seksa dan azab dari Allah karena menentang rasul-Nya dan mendustakan risalah-Nya. Hal yang serupa itu dpt terjadi di atas mrk jika mrk tidak mahu menerima dakwahnya dan mendengar nasihatnya, yang diberikannya secara ikhlas dan jujur sebagai seorang anggota dari keluarga besar mrk dan yang tidak mengharapkan atau menuntut upah drp mrk atas usahanya itu. Ia hanya menyampaikan amanat Allah yang ditugaskan kepadanya dan Allahlah yang akan memberinya upah dan ganjaran untuk usahanya memberi pimpinan dan tuntutan kepada mrk.

Sekelompok kecil dari kaum Tsamud yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang yang kedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian yang terbesar terutamanya mrk yang tergolong orang-orang kaya dan berkedudukan tetap berkeras kepala dan menyombongkan diri menolak ajakan Nabi Saleh dan mengingkari kenabiannya dan berkata kepadanya:" Wahai Saleh! Kami kira bahwa engkau telah kerasukan syaitan dan terkena sihir.Engkau telah menjadi sinting dan menderita sakit gila. Akalmu sudah berubah dan fikiranmu sudah kacau sehingga engkau dengan tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata ucapan yang tidak masuk akal dan mungkin engkau sendiri tidak memahaminya. Engkau mengaku bahwa engkau telah diutuskan oleh Tuhanmu sebagai nabi dan rasul-Nya. Apakah kelebihanmu drp kami semua sehingga engkau dipilih menjadi rasul, padahal ada orang-orang di antara kami yang lebih patut dan lebih cekap untuk menjadi nabi atau rasul drp engkau. Tujuanmu dengan bercakap kosong dan kata-katamu hanyalah untuk mengejar kedudukan dan ingin diangkat menjadi kepala dan pemimpin bagi kaummu.Jika engkau merasa bahwa engkau sihat badan dan sihat fikiran dan mengaku bahwa engkau tidak mempunyai arah dan tujuan yang terselubung dalam dakwahmu itu maka hentikanlah usahamu menyiarkan agama barumu dengan mencerca persembahan kami dan nenek moyangmu sendiri.Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan meninggalkan jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang tua kami lebih dahulu.

Nabi Saleh menjawab: " Aku telah berulang-ulang mengatakan kepadamu bahwa aku tidak mengharapkan sesuatu apapun drpmu sebagai imbalan atas usahaku memberi tuntunandan penerangan kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau mendambakan pangkat dan kedudukan bagi usahaku ini yang aku lakukan semata-mata atas perintah Allah dan drp-Nya kelak aku harapkan balasan dan ganjaran untuk itu. Dan bagaimana aku dapat mengikutimu dan menterlantarkan tugas dan amanat Tuhan kepadaku, padahal aku talah memperoleh bukti-bukti yang nyata atas kebenaran dakwahku.Jgnlah sesekali kamu harapkan bahawa aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajibanku kepada-Nya hanya semata-mata untuk melanjutkan persembahan nenek moyang kami yang bathil itu. Siapakah yang akan melindungiku dari murka dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian? Sesungguhnya kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dengan seruanmu itu."

Setelah gagal dan berhasil menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh dan dilihatnya ia bahkan makin giat menarik orang-orang mengikutinya dan berpihak kepadanya para pemimpin dan pemuka kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwahnya yang makin lama makin mendpt perhatian terutama dari kalangan bawahan menengah dalam masyarakat. Mrk menentang Nabi Saleh dan untuk membuktikan kebenaran kenabiannya dengan suatu bukti mukjizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang berada di luar kekuasaan manusia.

Allah Memberi Mukjizat Kepada Nabi Saleh A.S.

Nabi Saleh sedar bahawa tentangan kaumnya yang menuntut bukti drpnya berupa mukjizat itu adalah bertujuan hendak menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya terutama para pengikutnya bila ia gagal memenuhi tentangan dan tuntutan mrk. Nabi Saleh membalas tentangan mrk dengan menuntut janji dengan mrk bila ia berhasil mendatangkan mukjizat yang mrk minta bahwa mrk akan meninggalkan agama dan persembahan mrk dan akan mengikuti Nabi Saleh dan beriman kepadanya.

Sesuai dengan permintaan dan petunjuk pemuka-pemuka kaum Tsamud berdoalah Nabi Saleh memohon kepada Allah agar memberinya suatu mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalahnya dan sekaligus mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia memohon dari Allah dengan kekuasaan-Nya menciptakan seekor unta betina dikeluarkannya dari perut sebuah batu karang besar yang terdpt di sisi sebuah bukit yang mereka tunjuk.
Maka sejurus kemudian dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu dan keluar dari perutnya seekor unta betina.

Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu berkatalah Nabi Saleh kepada mrk:" Inilah dia unta Allah, janganlah kamu ganggu dan biarkanlah ia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah ia mempunyai giliran untuk mendptkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendptkan minum bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya bila kamu sampai mengganggu binatang ini."
Kemudian berkeliaranlah unta di ladang-ladang memakan rumput sesuka hatinya tanpa mendpt gangguan. Dan ketika giliran minumnya tiba pergilah unta itu ke sebuah perigi yyang diberi nama perigi unta dan minumlah sepuas hatinya. Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Saleh itu datang minum tiada seekor binatang lain berani menghampirinya, hal mana menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang itu yang makin hari makin merasakan bahwa adanya unta Nabi Saleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan laksana duri yang melintang di dalam kerongkong.

Dengan berhasilnya Nabi Saleh mendtgkan mukjizat yang mrk tuntut gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usahanya untuk menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pegaruh Nabi Saleh bahkan sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan menghilang banyak keraguan dari kaumnya. Maka dihasutlah oleh mrk pemilik-pemilik ternakan yang merasa jengkel dan tidak senang dengan adanya unta Nabi Saleh yang merajalela di ladang dan kebun-kebun mrk serta ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya.

Unta Nabi Saleh Dibunuh

Persekongkolan diadakan oleh orang-orang dari kaum Tsamud untuk mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh. Dan selagi orang masih dibayangi oleh rasa takut dari azab yang diancam oleh Nabi Saleh bila untanya diganggu di samping adanya dorongan keinginan yang kuat untuk melenyapkan binatang itu dari atas bumi mrk, muncullah tiba-tiba seorang janda bangsawan yang kaya raya menawarkan akan menyerah dirinya kepada siapa yang dpt membunuh unta Saleh. Di samping janda itu ada seorang wanita lain yang mempunyai beberapa puteri cantik-cantik menawarkan akan menghadiahkan salah seorang dari puteri-puterinya kepada orang yang berhasil membunuh unta itu.

Dua macam hadiah yyang menggiurkan dari kedua wanita itu di samping hasutan para pemuka Tsamud mengundang dua orang lelaki bernama Mushadda' bin Muharrij dan Gudar bin Salif berkemas-kemas akan melakukan pembunuhan bagi meraih hadiah yang dijanjikan di samping sanjungan dan pujian yang akan diterimanya dari para kafir suku Tsamud bila unta Nabi Saleh telah mati dibunuh.
Dengan bantuan tujuh orang lelaki lagi bersembunyilah kumpulan itu di suatu tempat di mana biasanya di lalui oleh unta dalam perjalanannya ke perigi tempat ianya minum. Dan begitu unta-unta yang tidak berdosa itu lalu segeralah dipanah betisnya oleh Musadda' yang disusul oleh Gudar dengan menikamkan pedangnya di perutnya.

Dengan perasaan megah dan bangga pergilah para pembunuh unta itu ke ibu kota menyampaikan berita matinya unta Nabi Saleh yang mendpt sambutan sorak-sorai dan teriakan gembira dari pihak musyrikin seakan-akan mrk kembali dari medan perang dengan membawa kemenangan yang gilang gemilang.
Berkata mrk kepada Nabi Saleh:" Wahai Saleh! Untamu telah amti dibunuh, cubalah datangkan akan apa yang engkau katakan dulu akan ancamannya bila unta itu diganggu, jika engkau betul-betul termasuk orang-orang yang terlalu benar dalam kata-katanya."

Nabi Saleh menjawab:" Aku telah peringatkan kamu, bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya atas kamu jika kamu mengganggu unta itu. Maka dengan terbunuhnya unta itu maka tunggulah engkau akan tibanya masa azab yang Allah talah janjikan dan telah aku sampaikan kepada kamu.Kamu telah menentang Allah dan terimalah kelak akibat tentanganmu kepada-Nya.Janji Allah tidak akan meleset .Kamu boleh bersuka ria dan bersenang-senang selama tiga hari ini kemudian terimalah ganjaranmu yang setimpal pada hari keempat. Demikianlah kehendak Allah dan taqdir-Nya yang tidak dpt ditunda atau dihalang."

Ada kemungkinan menurut sementara ahli tafsir bahwa Allah melalui rasul-Nya Nabi Saleh memberi waktu tiga hari itu untuk memberi kesempatan, kalau-kalau mrk sedar akan dosanya dan bertaubat minta ampun serta beriman kepada Nabi Saleh kepada risalahnya.
Akan tetapi dalam kenyataannya tempoh tiga hari itu bahkan menjadi bahan ejekan kepada Nabi Saleh yang ditentangnya untuk mempercepat datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari lagi.

Turunnya Azab Allah Yang Dijanjikan

Nabi Saleh memberitahu kaumnya bahwa azab Allah yang akan menimpa di atas mrk akan didahului dengan tanda-tanda, iaitu pada hari pertama bila mrk terbangun dari tidurnya akan menemui wajah mrk menjadi kuning dan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam pada hari ketiga dan pada hari keempat turunlah azab Allah yang pedih.
Mendebgar ancaman azab yang diberitahukan oleh Nabi Saleh kepada kaumnya kelompok sembilan orang ialah kelompok pembunuh unta merancang pembunuhan atas diri Nabu Saleh mendahului tibanya azab yang diancamkan itu.Mrk mengadakan pertemuan rahsia dan bersumpah bersama akan melaksanakan rancangan pembunuhan itu di waktu malam, di saat orang masih tidur nyenyak untuk menghindari tuntutan balas darah oleh keluarga Nabi Saleh, jika diketahui identiti mrk sebagai pembunuhnya. Rancangan mrk ini dirahsiakan sehingga tidak diketahui dan didengar oleh siapa pun kecuali kesembilan orang itu sendiri.

Ketika mrk datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan rancangan jahatnya di malam yang gelap-gulita dan sunyi-senyap berjatuhanlah di atas kepala mereka batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya dan yang seketika merebahkan mrk di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa lagi. Demikianlah Allah telah melindingi rasul-Nya dari perbuatan jahat hamba-hamba-Nya yang kafir.
Satu hari sebelum hari turunnya azab yang telah ditentukan itu, dengan izin Allah berangkatlah Nabi Saleh bersama para mukminin pengikutnya menuju Ramlah, sebuah tempat di Palestin, meninggalkan Hijir dan penghuninya, kaum Tsamud habis binasa, ditimpa halilintar yang dahsyat beriringan dengan gempa bumi yang mengerikan.

Kisah Nabi Saleh Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Saleh diceritakan oleh 72 ayat dalam 11 surah di antaranya surah Al-A'raaf, ayat 73 hingga 79 , surah " Hud " ayat 61 sehingga ayat 68 dan surah " Al-Qamar " ayat 23 sehingga ayat 32.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Saleh A.S.

Pengajaran yang menonjol yang dpt dipetik dari kisah Nabi Saleh ini ialah bahwa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil warga masyarakat dpt berakibat negatif yang membinasakan masyarakat itu seluruhnya.
Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur dan bahkan tersapu bersih dari atas bumi karena dosa dan pelanggaran perintah Allah yang dilakukan oleh beberapa gelintir orang pembunuh unta Nabi Saleh A.S.
Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah agar kita melakukan amar makruf nahi mungkar. Karena dengan melakukan tugas amar makruf nahi mungkar yang menjadi fardu kifayah itu, setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran yang terjadi di dalam masyarakat dan lindungan kita ,kita telah membebaskan diri dari dosa menyetujui atau merestui perbuatan mungkar itu

Bersikap pasif acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran yang berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar